Monday, July 23, 2012

Kemaskini Header Blog

Header Blog Baru Abdul Ghani Family

Hari ni puasa dah pun masuk 3 Ramadhan, sempat chat ngan kawan kat Lebanon tadi kat sana dah pun masuk 4 Ramadhan. Rupa² nya diaorang ni lebih sehari sambut Ramadhan dari kita kat Malaysia. Tapi topik hari ni bukan nak cerita pasal bulan puasa kat Lebanon, tapi pasal Header Blog yang baru di update kepada versi yang nampak lebih smart dan bermakna bagi keluarga Abdul Ghani Family.

Sebabnya kat sini header blog telah di design dengan meletakkan kesemua wajah² 8 orang anak Abdul Ghani Family mengikut turutan dari Mak Long, Mak Ngah, Pak Uda, Mak Andak, Pak Lang, Pak Mame, Mak Mon dan Pak Usu.

Salam 4 Ramadhan --> masa entri ni ditulis

Saturday, July 21, 2012

Anak Sulung Pak Lang

Posing Bersama Brabus Agong Mizan

Nak rasmikan dulu entri kedua blog administrator Haironi Fadzilah yang merupakan anak Pak Lang(Fadzilah Abd Ghani) yang sulung. Kini menetap di Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Dari Kiri - Isteri(Azie), Tasnim, Amsyar, Yasmin

p/s : Sekiranya ada anak², cucu², cicit² Abdul Ghani Family yang ingin menulis entri kat sini boleh lah tinggalkan email diruangan komen untuk di invite oleh blog administrator

Friday, July 20, 2012

Jemput Masuk Seluruh Keluarga Abdul Ghani Family

Assalamualaikum buat seluruh keluarga Abdul Ghani Family

Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk merapatkan lagi ikatan persaudaraan dan mengenali antara satu sama lain ikatan kekeluargaan yang ada. Sebelum ini akaun Facebook Group Abdul Ghani Family telah pun diwujudkan, blog ini adalah kesinambungan yang ada untuk kita semua keluarga Abdul Ghani Family menulis salasilah dan asal usul anak², cucu² dan cicit² yang ada. Sekiranya ada cerita² lain yang menarik untuk dikongsikan bersama pun takde salah nya untuk ditulis di blog ini.

Buat masa ini, akses ke blog hanya diberikan kepada Blog Administrator iaitu Haironi bin Fadzilah(Anak Pak Lang - Fadzilah bin Abdul Ghani). Blog Administrator akan memberikan akses kepada keluarga Abdul Ghani Family yang membuat permintaan untuk menulis di blog ini.

Sekiranya ada pendapat atau cadangan boleh lah ajukan sebarang komen ataupun tinggalkan cadangan di Facebook Group Abdul Ghani Family. Diharap dengan adanya blog  ini dapatlah anak², cucu² dan cicit² Abdul Ghani Family saling mengenali antara satu sama lain tidak kira dimana jua anda berada. We're Family.